Tuesday 23 May 2023

TESTIMONI MOBILE SPA ; LUBUK DUIT PALING MUDAH UNTUK WANITA

Hai korang..jumpa lagi di entry tentang Mobile Spa. Khas untuk wanita ni tau. Ya, kita la, saya nak share cara paling mudah buat duit untuk wanita. Jom baca sampai habis ya.

Bila cerita bab bisnes ni kan, mesti la kita nak tengok sejauh manakah orang yang dah mulakan bisnes ni boleh pergi? Serius. Itu memang soalan paling famous. Jangan risau, sebenarnya normal je bila banyak soalan yang bermain di fikiran kita apabila nak buat sesuatu keputusan. Namun, perlu ingat juga. Jika tak sudah-sudah berfikir, bila nak mula? Hahaha...haru juga kan.

So, dalam entry kali ni saya nak bantu korang buat keputusan dengan membaca dan mendengar real testimoni Mobile Spa ni. Sebelum tu, ada satu perkara yang perlu korang sematkan dalam diri. Wanita memang sukakan kecantikan. Jika korang kata "saya biasa-biasa je", jangan samakan diri korang dengan orang lain tau.

Kita rasa jaga kecantikan tu biasa, tapi orang lain berpendapat tak sama macam kita. Bak kata Sajat, jika kita sendiri tak sayangkan diri, siapa lagi nak sayang.  Kalau rasa diri tu tak cantik, cantikkan diri. Betul juga nasihat dia tu kan. 

Ok, jom saya share kan beberapa testimoni buat duit dengan Mobile Spa yang pasti membuatkan korang rasa teruja nak join BOTG Mobile Spa.

Saya kenalkan ini rakan saya Dr. Nur Athirah Hashim. Lebih mesra dipanggil Dr. At. Beliau ni pemegang PhD dalam bidang Kimia Sebatian Semulajadi. Bila sebut tentang bidang macam ni, of course la mereka faham sangat tentang bahan-bahan semulajadi dalam kandungan sesuatu produk kan.

So, Dr. At ni mula join BOTG Mobile Spa bila jatuh cinta dengan produk Shaklee. Produk yang bagus, tentulah akan memberikan hasil yang bagus kepada penggunanya kan. Tapi Dr. At nampak peluang besar dalam bisnes Mobile Spa ni dan mula aktif.

Bayangkan seorang surirumah boleh ada simpanan sendiri melalui side income bersama Mobile Spa. Bukan senang tau tapi tak mustahil. Apa yang penting, beri peluang kepada diri sendiri untuk berjaya di samping tidak mengabaikan keluarga.


Bukan Dr. At seorang je yang nampak peluang yang sangat cerah dalam Bolie Spa ni tau. Ada ramai lagi dalam team Group Support kami yang share kan pengalaman mereka. Mereka ni pun bukan calang-calang orang tau. Ada yang masih bekerja dan tak kurang juga yang telah pun resign dari kerja hakiki untuk full time housewife dan buat bisnes Mobile Spa secara part time.

Ex-peguam yang resign untuk menjaga ibunya

Pemilik saloon kecantikan

Ex-engineer yang resign untuk menjaga anak-anak

Semangat bila lihat duit masuk bertalu-talu

Ini saya. Masih berkhidmat sebagai guru

2 hari boleh dapat RM430.
Bukan kerja dari pagi sampai malam pun



Jika mereka boleh, korang pun boleh tau! Siapalah kita yang nak menidakkan rezeki dari Allah kan. Korang yang baca posting saya ni, bukan tanpa sengaja tau. Allah dah tunjukkan jalan. Tak rugi pun korang tambah skill yang belajar sekali tapi boleh buat duit berkali-kali ni. Skill yang boleh digunakan seumur hidup korang.

So, tunggu apa kagi, jom la buat duit sama-sama.  Lubuk duit paling mudah untuk wanita dah ada di depan mata. Contact saya untuk maklumat lanjut ya.

Ana Awang
Beautician BOTG Mobile Spa
Certified Trainer BOTG Mobile Spa
019-6465550

#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa 
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline


Tuesday 16 May 2023

PENGALAMAN MOBILE SPA DENGAN YOUTH SKINCARE - WAJIB CUBA!

Korang pernah tak pergi spa? Best tak bila kulit muka di cuci bersih dan massage lembut? Sebelum ni saya suka buat facial dengan kakak ipar yang buka saloon spa di Gombak. Setiap bulan mesti booking slot hanya untuk nak relaks dan cuci muka.

Customer boleh rehatkan diri sambil manjakan kulit

Boleh je nak cuci muka sendiri di rumah tapi malas nak pakai masker dan scrub. Tambah pula nak massage sendiri mana best kan. Kena ada orang lain buatkan baru la rasa relaks sikit. Tapi masa tu saya tak fikir sangat pun apa jenama produk yang digunakan. Apa yang penting saya nak massage muka hahaha.. Kakak ipar ikut je customer. Nak gunakan produk yang dibawa sendiri atau gunakan produk yang sedia ada di spa.

Namun, 3-4 tahun kebelakangan ni, saya jarang buat facial. Dia sibuk sebagai penilai JPK, saya pun sibuk di sekolah. Akhirnya saya abaikan macam tu je kulit muka saya. Akhirnya, saya rasa kulit muka saya ada sesuatu yang pelik. Jadi sensitif dan naik panau tau. Serius saya tak perasan, sampailah panau tu ketara dan kulit muka saya nampak kusam giler. Bukan tu saja, jeragat pun makin tebal. Saya malu bila ditegur anak murid sendiri. 

"Muka cikgu ada bintik-bintik. Apa tu?" 

Kau rasa? Mana nak letak muka? πŸ˜‚

Akhirnya setelah mencuba pelbagai produk, saya jatuh cinta dengan Youth Skincare by Shaklee. Serius buat saya terus kekal setia selama 2 tahun dengan Youth Skincare. Sejujurnya sebelum ni jika gunakan sesuai produk, saya tak boleh pakai lebih dari 1 kali pusingan. Bila dah habis 1 tiub pencuci muka, saya tak akan repeat sebab kulit muka saya akan mula kering dan menggelupas.

Produk Youth Skincare

Bila Master Ainul Shahrazad dan Master Athirah (Master 2 Beradik) perkenalkan Projek BOTG Mobile Spa kepada kami, saya terus rasa teruja. Sebenarnya Beauty On The Go (BOTG) ni adalah penjenamaan semula Projek The Walking Beauty (TWB) yang diasaskan oleh mereka berdua. Projek TWB dulu mendapat sambutan yang hangat dan membantu ramai wanita menjana pendapatan melalui projek ni.

BEST SANGAT KE PRODUK NI?

Pengalaman saya menggunakan produk Youth ni mungkin tak membuatkan korang teruja sakan. Jom saya share dengan korang pengalaman customer yang menggunakan perkhidmatan BOTG Mobile Spa dengan Youth Skincare.

Perbezaan kulit muka Fatin dulu dan sekarang


Ini anak kawan saya. Namanya Fatin. Dulu satu muka penuh dengan jerawat. Jerawat besar yang menyakitkan. Pelabgai usaha dilakukan termasuk berjumpa doktor dan ambil antibiotik. Apabila ambil antibiotik, jerawat kecut dan sakit sakit pun kurang. Tapi bila stop antibiotik, jerawat akan naik lagi teruk.

Kulit muka Fatin (kiri) yang berjerawat sebelum gunakan Produk Shaklee


Fatin rasa tak selesa dan mengganggu rutin harian sebagai seorang pelajar. Ibu Fatin pun tak senang duduk jadinya. Risau anak akan jadi stress dan kurang keyakinan diri. Sehinggalah kawan saya ni belikan ESP dan Vitamin C (now dikenali sebagai Set Rahmah kerana promo tak masuk akal).

ESP dan Vitamin C ni membantu kulit Fatin dapat nutrisi yang diperlukan untuk sihat dan mengecutkan jerawat. Fatin juga menggunakan produk Youth Skincare untuk penjagaan kulit luaran secara konsisten. Ibu Fatin ni juga adalah salah seorang Beautician BOTG Mobile Spa tau. So, tak ada masalah la nak dapatkan perkhidmatan spa menggunakan produk Youth Skincare secara rutin.

Bukan Fatin seorang je tau yang dapat effect yang sangat awesome dan memberi inspirasi ni. Saya tunjukkan juga testimoni pelanggan BOTG Mobile Spa yang kami kumpulkan dalam Support Group kami (Alumni BOTG Mobile Spa).  

Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah jeragat

Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah pori-pori


Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah jerawat

Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah kulit kusam

Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah jerawat

Semua Beautician BOTG Mobile Spa adalah terlatih. Kami diberikan training secara hands on dan praktikal. Training secara one to one tau. Bukan secara pukal. Mudah nak faham dan senang nak terima apa yang diajar kerana menggunakan modul yang mudah dan praktikal yang sesuai untuk semua. So, jika korang tak ada pengalaman pun tak ada masalah nak belajar.

Mari saya tunjukkan pula customer berkongsi pengalaman Mobile Spa dengan Beautician BOTG Mobile Spa. Apa kata mereka setelah menggunakan perkhidmatan kami.

Customer yang kejar masa pun masih sempat nak ber 'me time'

Customer gembira kerana tak perlu baring terlalu lama

Haa...best kan? Kadang kala bila berada di spa, perlu peruntukkan masa sehingga 2 jam untuk treatment. Akhirnya, terpaksa memperuntukkan masa sehari hanya untuk facial dan me time sebentar. Mula la gelisah nak balik kerana teringat anak di rumah, suami yang akan pulang sebentar lagi. Tak senang pula rasa hati ni kan.

Produk Youth Skincare ni pula adalah produk yang organik dan bebas daripada 1500 bahan kimia merbahaya. 

Keputusan klinik

  

Produk Youth bebas daripada lebih 1500 bahan kimia berbahaya

So, korang yang nak cuba juga pengalaman menggunakan Produk Youth Skincare ni boleh la gunakan perkhidmatan daripada Beautician BOTG Mobile Spa yang ada di seluruh Malaysia ya. 

Boleh contact saya untuk booking slot facial ok.

Ana Awang
Beautician BOTG Mobile Spa 
BOTG Mobile Spa Bentong
019-6465550

#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa 
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline





Wednesday 10 May 2023

KELAS BISNES FACIAL TERKINI BOTG MEI 2023

Dalam entry yang lepas, saya ada share kan beberapa Part Time Job yang boleh korang buat ikut kesesuaian, minat, kemahiran dan kos. Boleh baca entry tu di SINI.

Dalam entry tu juga saya cadangkan bisnes paling laris yang boleh korang buat cash money setiap hari tanpa perlu tunggu orang lain gajikan korang. Bila-bila masa je boleh buat duit tau.

Jika korang baru je singgah blog saya ni, sudilah kiranya follow saya ya. Jangan lupa sharekan jika korang nampak ada manfaat yang boleh dikongsikan bersama orang lain. Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Kerjaya yang fleksibel dari segi masa, tempat tapi pulangan yang infiniti

HARGA PAKEJ

Korang pernah tak survey berapa kos nak mulakan bisnes Spa ni? Rata-rata kos permulaan tak kurang RM10,000. Kos perlu diambil kira deposit kedai, alatan, produk dan hiasan dalaman. Semua tu makan modal kan? Suka tak pergi spa yang hiasan dalamannya cantik? Saya pun suka, tapi sebagai orang yang baru nak mulakan bisnes mesti la nak kurangkan kos kerana tak nak mengalami kerugian yang banyak jika sambutan kurang memberangsangkan. 

Jadi, apa nak buat? Korang boleh mulakan dengan bisnes facial bergerak (mobile spa). Kenapa? Sebab..

  • Tiada kos set up kedai
  • Tiada kos sewa kedai
  • Tiada kos pekerja
  • Tiada kos alatan yang besar (katil, mesin dan sebagainya)
Best kan? Apa yang penting boleh bawa 1 (satu) beg je ke rumah customer atau jika korang available untuk Home Spa pun ok. Maksudnya customer yang datang ke rumah korang. 

Mobile Spa Therapist ready to go


KELAS TERKINI BOTG

Nak tak saya cerita sikit tentang pakej kelas bisnes facial BOTG yang terkini? Mesti korang cair punya la tengok harga pakej. Jangan pandang harga je tau. Kena pandang juga apa yang ditawarkan.

Sebelum tu, jom dengar apa yang Ain (salah seorang Alumni BOTG) nak share pengalaman dia setelah join BOTG Mobile Spa ni.


Ini pula antara peserta yang mengikuti training BOTG Mobile Spa sebelum ni. Training one to one dan masa pula fleksibel tau. Lepas training korang boleh letak nama spa korang sendiri dan boleh mula offer slot kepada customer.



Training one to one


Instant Cash dengan BOTG



Harga Pakej Spa BOTG: RM1,999

Apa yg korang akan dapat??

πŸ‘‰ Full set of Youth Skincare (Organic Skincare)
πŸ‘‰ Natural Masker
πŸ‘‰ Natural Scrub
πŸ‘‰ Additional of 2 types of Mask (Hydrating Gel Mask dan Purifying Clay Mask)

- - - - - - - - - -

Anda akan dapat juga:

πŸ‘‰Beg SPA
πŸ‘‰Ion massage
πŸ‘‰Trial kit Spa
πŸ‘‰Sijil Penyertaan
πŸ‘‰Hardcopy module beserta Kitab Harga

- - - - - - - - - -

Belajar 2+1 courses

-Facial Relaxing Treatment
-Face Massage
+1 how to set up home & mobile spa

🌹BONUS🌹

✔ module lengkap
✔ basic tools
✔ beauty products lengkap
✔ lifetime coaching
✔ support group
✔ income 6 penjuru

Paling best, habis training dah terus boleh run spa korang sendiri.

Full set Youth Skincare



KELEBIHAN SERTAI KELAS FACIAL BOTG

  1. Training yang cepat & mudah , selesai dalam tempoh satu (1) hari sahaja. 
  2. Kursus Spa yang sangat praktikal & fleksible (ada yg datang training bawa anak lagi 😁)
  3. Barang asas Spa disediakan. 
  4. Produk yang lengkap untuk memulakan bisnes Mobile Spa - lepas selesai kursus, dah boleh terus mula.
  5. Sijil Penyertaan diberikan.
  6. Bimbingan support group & mentor yang akan guide untuk berjaya.
  7. Setiap modul BOTG telah disusun dengan teliti agar peserta MAMPU utk apply terus ilmu tersebut. Kami JAMIN, setelah selesai sahaja kursus Spa, anda boleh terus mulakan bisnes Mobile Spa anda. 
  8. Dengan lmu Spa yg kami ajar, anda berpeluang untuk memperoleh pendapatan hari-hari. Bila ada ILMU, diri anda umpama "magnet" duit tau. 
  9. Setiap alumni BOTG juga diberi panduan bagaimana untuk mengekalkan kesihatan & kecantikan dari segi luaran juga dalaman, melalui kelas-kelas nutrisi yg dijalankan from our certified Nutritionist biar semua Beautician kami hanya sekadar cantik di luar sahaja tapi lebih dari itu.
So korang yang berminat nak join preview kami dulu pun boleh. Kata orang, kita window shopping dulu..hehe.. Kena la dengar penerangan supaya jelas dulu kan. Kemudian fikir dan baru buat keputusan. 

Nak rasa dulu effect buat facial dengan team BOTG Mobile Spa boleh contact kami juga. InshaAllah team kami ada je dan sedia memberikan perkhidmatan terbaik.

Contact saya untuk bertanyakan soalan atau nak booking slot facial ya.

Ana Awang
BOTG Datin Spa 
019-6465550 

#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa 
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline






Tuesday 2 May 2023

KENAPA ORANG CARI PART TIME JOB


Ada yang cari Part Time Job kat sini? Zaman sekarang tak cukup dengan hanya bergantung dengan satu pekerjaan je. Setuju? 

Pada saya bukan hanya zaman sekarang. Sejak dulu lagi ada je orang buat. 

Saya buat part time job ni sejak tahun 2003 lagi. Dulu saya bertugas sebagai Pembantu Tadbir. Dalam masa yang sama saya juga jurulatih PLKN. Kerja sebagai jurulatih selama 3 bulan setiap kali sesi pelatih masuk. Selebihnya barulah saya bertugas di sekolah. Masa tu boleh dapat cuti tanpa rekod. Gaji jalan. Alhamdulillah.

Bila tak masuk kem, saya masih juga buat kerja sampingan yang lain. Saya jahit dan jual barut, bedung dan tilam baby. Bersungguh-sungguh betul masa tu. Alhamdulilah saya tak usik duit gaji untuk bayar bulanan kereta saya. Dapat juga bawa mak abah jalan-jalan sesekali. Paling best dapat balik kampung setiap bulan jumpa mak abah.

Seronok kan bila ada duit extra ni. Macam-macam impian kita boleh capai.

Tapi itu zaman belum lagi rancak dengan scammer ni. Sekarang scammer di mana-mana. Sesak rasa nafas. Nak buat part time job tapi risau terkena dengan scammer. Haru... gitu... haha

Zaman sekarang ni lagi mencabar. Ekonomi yang tak menentu buat kira rasa tak selamat. Serba serbi perlukan duit. 

Perasan tak sekarang ni banyak promosi buat personal loan? Dah macam cendawan tumbuh. Sana-sini promosi. Macam-macam agensi tiba-tiba whatsapp tawarkan promosi hebat. 

Jika anda kerja kerajaan, lagi la berpuluh-puluh tawaran sampai. Tak cukup dengan whatsapp, call pula..hehe.. 

Tak apa, bagus la kan. Mereka buat kerja mereka. Kita? Pun sama juga. Buat kerja kita. Jika memang sangat memerlukan buat loan, gunakanlah kemudahan yang ada tu. Apa yang penting, ukur baju di badan sendiri. Pastikan korang cukup makan la lepas tu. 

So, nampak tak kat sini keperluan Part Time Job tu? 

Minggu lepas saya berbual dengan seorang rakan yang tinggal berjauhan dengan suami (PJJ) dan menjaga anaknya sendiri. Biarpun ada gaji bulanan yang tetap tapi dengan kos perjalanan ulang alik setiap minggu agak membebankan. 

Mungkin ada yang berfikir, kenapa nak ulang alik terlalu kerap? Kerana anak. Anak baru berusia 4 tahun dan masih tak faham kenapa ibu bapanya tak tinggal bersama. Tak sampai hati nak biarkan anak rindukan ayahnya lama. Selagi boleh jumpa, biarlah jumpa. Betul juga kan? Taknak emosi anak terganggu.

Perbelanjaan yang tinggi juga boleh kita stress. Bila stress, akan mengganggu emosi dan prestasi kerja. Ada orang, dia akan menyibukkan diri dengan rutin harian yang penuh. Bukan padat ya, tapi memenuhi masa terluang. 

Ada juga yang mencari pendapatan tambahan supaya dapat merealisasikan impian mereka. Contohnya bagi yang suka travel dalam atau luar negeri. Bila nak travel, perlukan duit kan? Apa kata kita travel menggunakan duit tabungan lain. Hasil daripada part time job.

APA PART TIME JOB YANG SESUAI?

Korang perasan tak sekarang ramai yang malas nak keluar rumah. Semua nak COD je. Makanya sudah tentu bagi yang rajin keluar ni boleh dapat kelebihannya kan. So apa agaknya kerja yang sesuai. Ok, saya senaraikan sedikit ya

  • Penghantar makanan seperti Food Panda, Grab Food
  • Penghantar parcel seperti Ninja Van, JnT
  • Driver murid sekolah
  • Perkhidmatan bergerak seperti saloon, mobile spa
  • Perkhidmatan membersihkan rumah (halaman luar atau di dalam rumah)

Ini antara yang biasa kita dengar sahaja. Kalau korang tengok perkhidmatan bergerak tu kan, ramai yang tak perasan sebenarnya ada permintaan yang tinggi. Kenapa?

Saya ambil contoh Mobile Spa. Wanita terutamanya memang sukakan kecantikan. Tak boleh lari daripada memikirkan soal kecantikan tapi ramai yang punya kekangan masa dan tak kurang juga malas nak pusing 80kali cari parking. 

So, alternatifnya ialah perkhidmatan yang datang ke rumah. Korang tak perlu bersiap sakan. Pakai baju kelawar je pun boleh. Hanya sediakan ruang yang anda selesa dan pemberi perkhidmatan juga senang nak buat kerja. 

Di ruang tamu pun boleh

So, korang yang buat perkhidmatan ni boleh tawarkan pelbagai pakej mengikut kesesuaian korang dan permintaan pelanggan. Masa? Ikut masa yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Fleksibel kan? 

Jika korang bekerja di siang hari, apa kata buka slot sebelah malam. Begitu juga sebaliknya. Apa yang penting ialah masa yang fleksibel dan tidak membebankan. Jangan tak tahu, golongan profesional pun ada yang buat Part Time Job Mobile Spa ni tau.  

So, nak katanya Bisnes Mobile Spa pun antara bisnes yang sangat berbaloi dan menjana pendapatan yang lumayan. Bagi yang nak jadikan sebagai full time job pun boleh tau.

Ok, sampai sini dulu entry kali ni. Jumpa lagi nanti. Harap entry ni dapat membantu korang ya.

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline