Tuesday 2 May 2023

KENAPA ORANG CARI PART TIME JOB


Ada yang cari Part Time Job kat sini? Zaman sekarang tak cukup dengan hanya bergantung dengan satu pekerjaan je. Setuju? 

Pada saya bukan hanya zaman sekarang. Sejak dulu lagi ada je orang buat. 

Saya buat part time job ni sejak tahun 2003 lagi. Dulu saya bertugas sebagai Pembantu Tadbir. Dalam masa yang sama saya juga jurulatih PLKN. Kerja sebagai jurulatih selama 3 bulan setiap kali sesi pelatih masuk. Selebihnya barulah saya bertugas di sekolah. Masa tu boleh dapat cuti tanpa rekod. Gaji jalan. Alhamdulillah.

Bila tak masuk kem, saya masih juga buat kerja sampingan yang lain. Saya jahit dan jual barut, bedung dan tilam baby. Bersungguh-sungguh betul masa tu. Alhamdulilah saya tak usik duit gaji untuk bayar bulanan kereta saya. Dapat juga bawa mak abah jalan-jalan sesekali. Paling best dapat balik kampung setiap bulan jumpa mak abah.

Seronok kan bila ada duit extra ni. Macam-macam impian kita boleh capai.

Tapi itu zaman belum lagi rancak dengan scammer ni. Sekarang scammer di mana-mana. Sesak rasa nafas. Nak buat part time job tapi risau terkena dengan scammer. Haru... gitu... haha

Zaman sekarang ni lagi mencabar. Ekonomi yang tak menentu buat kira rasa tak selamat. Serba serbi perlukan duit. 

Perasan tak sekarang ni banyak promosi buat personal loan? Dah macam cendawan tumbuh. Sana-sini promosi. Macam-macam agensi tiba-tiba whatsapp tawarkan promosi hebat. 

Jika anda kerja kerajaan, lagi la berpuluh-puluh tawaran sampai. Tak cukup dengan whatsapp, call pula..hehe.. 

Tak apa, bagus la kan. Mereka buat kerja mereka. Kita? Pun sama juga. Buat kerja kita. Jika memang sangat memerlukan buat loan, gunakanlah kemudahan yang ada tu. Apa yang penting, ukur baju di badan sendiri. Pastikan korang cukup makan la lepas tu. 

So, nampak tak kat sini keperluan Part Time Job tu? 

Minggu lepas saya berbual dengan seorang rakan yang tinggal berjauhan dengan suami (PJJ) dan menjaga anaknya sendiri. Biarpun ada gaji bulanan yang tetap tapi dengan kos perjalanan ulang alik setiap minggu agak membebankan. 

Mungkin ada yang berfikir, kenapa nak ulang alik terlalu kerap? Kerana anak. Anak baru berusia 4 tahun dan masih tak faham kenapa ibu bapanya tak tinggal bersama. Tak sampai hati nak biarkan anak rindukan ayahnya lama. Selagi boleh jumpa, biarlah jumpa. Betul juga kan? Taknak emosi anak terganggu.

Perbelanjaan yang tinggi juga boleh kita stress. Bila stress, akan mengganggu emosi dan prestasi kerja. Ada orang, dia akan menyibukkan diri dengan rutin harian yang penuh. Bukan padat ya, tapi memenuhi masa terluang. 

Ada juga yang mencari pendapatan tambahan supaya dapat merealisasikan impian mereka. Contohnya bagi yang suka travel dalam atau luar negeri. Bila nak travel, perlukan duit kan? Apa kata kita travel menggunakan duit tabungan lain. Hasil daripada part time job.

APA PART TIME JOB YANG SESUAI?

Korang perasan tak sekarang ramai yang malas nak keluar rumah. Semua nak COD je. Makanya sudah tentu bagi yang rajin keluar ni boleh dapat kelebihannya kan. So apa agaknya kerja yang sesuai. Ok, saya senaraikan sedikit ya

  • Penghantar makanan seperti Food Panda, Grab Food
  • Penghantar parcel seperti Ninja Van, JnT
  • Driver murid sekolah
  • Perkhidmatan bergerak seperti saloon, mobile spa
  • Perkhidmatan membersihkan rumah (halaman luar atau di dalam rumah)

Ini antara yang biasa kita dengar sahaja. Kalau korang tengok perkhidmatan bergerak tu kan, ramai yang tak perasan sebenarnya ada permintaan yang tinggi. Kenapa?

Saya ambil contoh Mobile Spa. Wanita terutamanya memang sukakan kecantikan. Tak boleh lari daripada memikirkan soal kecantikan tapi ramai yang punya kekangan masa dan tak kurang juga malas nak pusing 80kali cari parking. 

So, alternatifnya ialah perkhidmatan yang datang ke rumah. Korang tak perlu bersiap sakan. Pakai baju kelawar je pun boleh. Hanya sediakan ruang yang anda selesa dan pemberi perkhidmatan juga senang nak buat kerja. 

Di ruang tamu pun boleh

So, korang yang buat perkhidmatan ni boleh tawarkan pelbagai pakej mengikut kesesuaian korang dan permintaan pelanggan. Masa? Ikut masa yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Fleksibel kan? 

Jika korang bekerja di siang hari, apa kata buka slot sebelah malam. Begitu juga sebaliknya. Apa yang penting ialah masa yang fleksibel dan tidak membebankan. Jangan tak tahu, golongan profesional pun ada yang buat Part Time Job Mobile Spa ni tau.  

So, nak katanya Bisnes Mobile Spa pun antara bisnes yang sangat berbaloi dan menjana pendapatan yang lumayan. Bagi yang nak jadikan sebagai full time job pun boleh tau.

Ok, sampai sini dulu entry kali ni. Jumpa lagi nanti. Harap entry ni dapat membantu korang ya.

#kursusspamurah #spashaklee #mobilespa #mobilespamalaysia #kelasspaonline

12 comments:

  1. Yess bisness Mobile Spa ni fun , enjoy sgt.. dlm masa yg sama income pun masyuk. Hehe

    ReplyDelete
  2. Servis mobile spa memang high demand 😍

    ReplyDelete
  3. Serius senang buat duit dgn bisnes mobile spa ni🤩

    ReplyDelete
  4. Sokong sgt sgt sgt sgt..bisnes mobile spa ni bisnes yg sgt berbaloi baloi dan inshaAllah mmg takkan menyesal bila dah start buat bisnes ni

    ReplyDelete
  5. Best modal sekali untung berkali kali

    ReplyDelete
  6. Master Nur Zahirah8 May 2023 at 01:22

    Setuju kak. Kita kena ada lebih dari 1 income sekarang ni andai makan gaji. Banyak yang kena bayar ni

    ReplyDelete
  7. Best betul buat bisnes spa ni. Yang paling saya suka masa yang sangat fleksibel. Income masyyukkkkk

    ReplyDelete
  8. Zaman sekarang orang perempuan malas nak keluar rumah p spa. So demand memang tinggi yang nak buat spa kat rumah sendiri. Mobile spa memang the best part time job setakat ni. Sape yang buat income memang masyukkkk!

    ReplyDelete
  9. Hadhirah_Zulkifli8 May 2023 at 21:18

    Setuju sangat sis, tak rugi join bisnes Mobile Spa, di mana2 saja ada permintaan 😍

    ReplyDelete
  10. Seronok tengok ramai yang berhasil dapat income dengan mobile spa :)

    ReplyDelete
  11. Syuhaidah Rahmam9 May 2023 at 00:23

    Jom ler buat mobile spa. Syok !

    ReplyDelete
  12. Seronoknya buat extra income dgn part time job.. Mobile spa ni sangat ok untuk kaum wanita..

    ReplyDelete