Sunday 30 July 2023

KELEBIHAN SAUNA YANG RAMAI ABAIKAN

 Korang pernah mandi sauna?

Kalau tengok cerita Korea, diorang ada rumah mandi, dalam tu ada sauna. Siap ada mandi air panas dan pakej scrub badan. Tapi bila tengok diorang scrub rasa serun pula. Rasa nak tercabut kulit hahaha..

Dulu, saya suka masuk rumah mandian wap tu. Alaa...yang kayu tu. Dalam tu disediakan bara dan air. Korang kena siram air pada bara tu untuk dapatkan wap. Baru la panas. Tapi bila tahap kepanasan tak boleh nak tahan, menggelupur semua keluar hahaha

Sekarang ni dah ada banyak sangat spa yang tawarkan mandian sauna ni. Korang boleh je pergi mana-mana spa yang ada sediakan mandian sauna. Tak kurang hebat juga banyak dah sauna mudah alih yang dijual sekarang ni. Ada orang rajin membeli tapi malas nak setting sendiri sebab nak kena pula nanti...huhu.. so, cara paling senang pergilah mana-mana spa yang ada buat sauna. Setel.

Saya juga ada buat pakej sauna ni tau. Customer yang nak buat full package ; facial, mandian sauna, scrub dan mandi bunga dan ais pun boleh. InshaAllah harga yang sangat berpatutan saya tawarkan. Boleh contact saya nanti ya.

Ok, sekarang saya nak ceritakan kelebihan mandian sauna ni. Dah mandi tapi tak tau apa kelebihan dia, tak best la kan. 

Kelebihan sauna

Sauna yang saya gunakan ini saiz besar sikit. Saya suka duduk terus dalam tu ala-ala sauna kayu tu hehe.. Ada juga jenis sauna yang boleh keluar kepala. Jenis yang hanya tutup badan je ni sesuai la untuk korang yang nak tengok anak yang sedang menunggu kat luar tu. Kalau tak, tak perasan pula dia pun "ada kerja" nanti kan...hehe

KELEBIHAN SAUNA

  1. Mengurangkan sakit otot dan lenguh badan.
  2. Membuang toksin dalam badan melalui peluh.
  3. Mengurangkan tekanan dan membantu emosi menjadi lebih tenang.
  4. Melancarkan pengaliran darah.
  5. Menyingkirkan toksin dalam badan.
  6. Memecahkan lemak degil.
  7. Membuatkan kuklit menjadi lebih cantik.
  8. Membuatkan tidur lebih lena.
Kelebihan sauna ni sangat banyak sebenarnya tapi saya highlightkan 8 ni saja. Inilah yang selalunya manfaat yang mereka dapat. Malah mereka sendiri perasan biarpun saya tak bagitau. 

Best sebenarnya sauna ni tau. Rasa kepala dan badan ringan je sebab aliran darah dah lancar.

KEKERAPAN SAUNA

Korang boleh buat mandian sauna ni 2 minggu sekali. Itu paling bagus la. Nak buat sebulan sekali pun tak ada masalah. Boleh juga bergantung kepada keadaan. Contohnya jika korang rasa stress ke atau nak turunkan berat badan kan boleh la buat mandian sauna ni lebih kerap.

Korang yang nak dapatkan perkhidmatan mandian sauna ni boleh contact saya ya. Lihat pakej yang saya tawarkan ni kemudian boleh buat booking slot dengan whatsapp je saya 


Promosi pakej sauna

Ana Awang
Beautician Mobile Spa BOTG
019-64655550

#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline