Tuesday 16 May 2023

PENGALAMAN MOBILE SPA DENGAN YOUTH SKINCARE - WAJIB CUBA!

Korang pernah tak pergi spa? Best tak bila kulit muka di cuci bersih dan massage lembut? Sebelum ni saya suka buat facial dengan kakak ipar yang buka saloon spa di Gombak. Setiap bulan mesti booking slot hanya untuk nak relaks dan cuci muka.

Customer boleh rehatkan diri sambil manjakan kulit

Boleh je nak cuci muka sendiri di rumah tapi malas nak pakai masker dan scrub. Tambah pula nak massage sendiri mana best kan. Kena ada orang lain buatkan baru la rasa relaks sikit. Tapi masa tu saya tak fikir sangat pun apa jenama produk yang digunakan. Apa yang penting saya nak massage muka hahaha.. Kakak ipar ikut je customer. Nak gunakan produk yang dibawa sendiri atau gunakan produk yang sedia ada di spa.

Namun, 3-4 tahun kebelakangan ni, saya jarang buat facial. Dia sibuk sebagai penilai JPK, saya pun sibuk di sekolah. Akhirnya saya abaikan macam tu je kulit muka saya. Akhirnya, saya rasa kulit muka saya ada sesuatu yang pelik. Jadi sensitif dan naik panau tau. Serius saya tak perasan, sampailah panau tu ketara dan kulit muka saya nampak kusam giler. Bukan tu saja, jeragat pun makin tebal. Saya malu bila ditegur anak murid sendiri. 

"Muka cikgu ada bintik-bintik. Apa tu?" 

Kau rasa? Mana nak letak muka? 😂

Akhirnya setelah mencuba pelbagai produk, saya jatuh cinta dengan Youth Skincare by Shaklee. Serius buat saya terus kekal setia selama 2 tahun dengan Youth Skincare. Sejujurnya sebelum ni jika gunakan sesuai produk, saya tak boleh pakai lebih dari 1 kali pusingan. Bila dah habis 1 tiub pencuci muka, saya tak akan repeat sebab kulit muka saya akan mula kering dan menggelupas.

Produk Youth Skincare

Bila Master Ainul Shahrazad dan Master Athirah (Master 2 Beradik) perkenalkan Projek BOTG Mobile Spa kepada kami, saya terus rasa teruja. Sebenarnya Beauty On The Go (BOTG) ni adalah penjenamaan semula Projek The Walking Beauty (TWB) yang diasaskan oleh mereka berdua. Projek TWB dulu mendapat sambutan yang hangat dan membantu ramai wanita menjana pendapatan melalui projek ni.

BEST SANGAT KE PRODUK NI?

Pengalaman saya menggunakan produk Youth ni mungkin tak membuatkan korang teruja sakan. Jom saya share dengan korang pengalaman customer yang menggunakan perkhidmatan BOTG Mobile Spa dengan Youth Skincare.

Perbezaan kulit muka Fatin dulu dan sekarang


Ini anak kawan saya. Namanya Fatin. Dulu satu muka penuh dengan jerawat. Jerawat besar yang menyakitkan. Pelabgai usaha dilakukan termasuk berjumpa doktor dan ambil antibiotik. Apabila ambil antibiotik, jerawat kecut dan sakit sakit pun kurang. Tapi bila stop antibiotik, jerawat akan naik lagi teruk.

Kulit muka Fatin (kiri) yang berjerawat sebelum gunakan Produk Shaklee


Fatin rasa tak selesa dan mengganggu rutin harian sebagai seorang pelajar. Ibu Fatin pun tak senang duduk jadinya. Risau anak akan jadi stress dan kurang keyakinan diri. Sehinggalah kawan saya ni belikan ESP dan Vitamin C (now dikenali sebagai Set Rahmah kerana promo tak masuk akal).

ESP dan Vitamin C ni membantu kulit Fatin dapat nutrisi yang diperlukan untuk sihat dan mengecutkan jerawat. Fatin juga menggunakan produk Youth Skincare untuk penjagaan kulit luaran secara konsisten. Ibu Fatin ni juga adalah salah seorang Beautician BOTG Mobile Spa tau. So, tak ada masalah la nak dapatkan perkhidmatan spa menggunakan produk Youth Skincare secara rutin.

Bukan Fatin seorang je tau yang dapat effect yang sangat awesome dan memberi inspirasi ni. Saya tunjukkan juga testimoni pelanggan BOTG Mobile Spa yang kami kumpulkan dalam Support Group kami (Alumni BOTG Mobile Spa).  

Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah jeragat

Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah pori-pori


Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah jerawat

Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah kulit kusam

Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah jerawat

Semua Beautician BOTG Mobile Spa adalah terlatih. Kami diberikan training secara hands on dan praktikal. Training secara one to one tau. Bukan secara pukal. Mudah nak faham dan senang nak terima apa yang diajar kerana menggunakan modul yang mudah dan praktikal yang sesuai untuk semua. So, jika korang tak ada pengalaman pun tak ada masalah nak belajar.

Mari saya tunjukkan pula customer berkongsi pengalaman Mobile Spa dengan Beautician BOTG Mobile Spa. Apa kata mereka setelah menggunakan perkhidmatan kami.

Customer yang kejar masa pun masih sempat nak ber 'me time'

Customer gembira kerana tak perlu baring terlalu lama

Haa...best kan? Kadang kala bila berada di spa, perlu peruntukkan masa sehingga 2 jam untuk treatment. Akhirnya, terpaksa memperuntukkan masa sehari hanya untuk facial dan me time sebentar. Mula la gelisah nak balik kerana teringat anak di rumah, suami yang akan pulang sebentar lagi. Tak senang pula rasa hati ni kan.

Produk Youth Skincare ni pula adalah produk yang organik dan bebas daripada 1500 bahan kimia merbahaya. 

Keputusan klinik

  

Produk Youth bebas daripada lebih 1500 bahan kimia berbahaya

So, korang yang nak cuba juga pengalaman menggunakan Produk Youth Skincare ni boleh la gunakan perkhidmatan daripada Beautician BOTG Mobile Spa yang ada di seluruh Malaysia ya. 

Boleh contact saya untuk booking slot facial ok.

Ana Awang
Beautician BOTG Mobile Spa 
BOTG Mobile Spa Bentong
019-6465550

#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa 
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline





1 comment:

  1. Syuhaidah Rahmam21 May 2023 at 18:37

    Alhamdulillah. Seronok tengok effect best pengguna Youth dan juga yang dapat servis facial guna Youth :)

    ReplyDelete