Sunday, 30 July 2023

KELEBIHAN SAUNA YANG RAMAI ABAIKAN

 Korang pernah mandi sauna?

Kalau tengok cerita Korea, diorang ada rumah mandi, dalam tu ada sauna. Siap ada mandi air panas dan pakej scrub badan. Tapi bila tengok diorang scrub rasa serun pula. Rasa nak tercabut kulit hahaha..

Dulu, saya suka masuk rumah mandian wap tu. Alaa...yang kayu tu. Dalam tu disediakan bara dan air. Korang kena siram air pada bara tu untuk dapatkan wap. Baru la panas. Tapi bila tahap kepanasan tak boleh nak tahan, menggelupur semua keluar hahaha

Sekarang ni dah ada banyak sangat spa yang tawarkan mandian sauna ni. Korang boleh je pergi mana-mana spa yang ada sediakan mandian sauna. Tak kurang hebat juga banyak dah sauna mudah alih yang dijual sekarang ni. Ada orang rajin membeli tapi malas nak setting sendiri sebab nak kena pula nanti...huhu.. so, cara paling senang pergilah mana-mana spa yang ada buat sauna. Setel.

Saya juga ada buat pakej sauna ni tau. Customer yang nak buat full package ; facial, mandian sauna, scrub dan mandi bunga dan ais pun boleh. InshaAllah harga yang sangat berpatutan saya tawarkan. Boleh contact saya nanti ya.

Ok, sekarang saya nak ceritakan kelebihan mandian sauna ni. Dah mandi tapi tak tau apa kelebihan dia, tak best la kan. 

Kelebihan sauna

Sauna yang saya gunakan ini saiz besar sikit. Saya suka duduk terus dalam tu ala-ala sauna kayu tu hehe.. Ada juga jenis sauna yang boleh keluar kepala. Jenis yang hanya tutup badan je ni sesuai la untuk korang yang nak tengok anak yang sedang menunggu kat luar tu. Kalau tak, tak perasan pula dia pun "ada kerja" nanti kan...hehe

KELEBIHAN SAUNA

  1. Mengurangkan sakit otot dan lenguh badan.
  2. Membuang toksin dalam badan melalui peluh.
  3. Mengurangkan tekanan dan membantu emosi menjadi lebih tenang.
  4. Melancarkan pengaliran darah.
  5. Menyingkirkan toksin dalam badan.
  6. Memecahkan lemak degil.
  7. Membuatkan kuklit menjadi lebih cantik.
  8. Membuatkan tidur lebih lena.
Kelebihan sauna ni sangat banyak sebenarnya tapi saya highlightkan 8 ni saja. Inilah yang selalunya manfaat yang mereka dapat. Malah mereka sendiri perasan biarpun saya tak bagitau. 

Best sebenarnya sauna ni tau. Rasa kepala dan badan ringan je sebab aliran darah dah lancar.

KEKERAPAN SAUNA

Korang boleh buat mandian sauna ni 2 minggu sekali. Itu paling bagus la. Nak buat sebulan sekali pun tak ada masalah. Boleh juga bergantung kepada keadaan. Contohnya jika korang rasa stress ke atau nak turunkan berat badan kan boleh la buat mandian sauna ni lebih kerap.

Korang yang nak dapatkan perkhidmatan mandian sauna ni boleh contact saya ya. Lihat pakej yang saya tawarkan ni kemudian boleh buat booking slot dengan whatsapp je saya 


Promosi pakej sauna

Ana Awang
Beautician Mobile Spa BOTG
019-64655550

#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline

Wednesday, 21 June 2023

TESTIMONI ResV dan Vivix UNTUK KULIT CANTIK

Salam semua. Korang, baca dah entry saya sebelum ni? Entry tentang kenapa saya pilih ResV Shaklee tu? Jika dah baca, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak. Jika belum baca, korang baca la nanti ya. 

Kami dah jumpa cara yang lebih baik untuk cantik

Hari ni saya nak share beberapa testimoni yang dikongsikan oleh pengguna resV dan Vivix. Mereka ni dah dapat Shaklee Effect yang awesome. So, saya nak juga kongsikan pengalaman best mereka ni untuk kita semua jadikan panduan dan tidak mengalah untuk sihat dan cantik.

Selalunya orang akan cari solution untuk sihat kan. Nak sembuhkan sakit yang dihidapai. Tak kurang juga mereka yang nak nak cantik. Nak jaga penampilan biar cantik dari luar dan dalam supaya wajah dan badan kita ni tak tua sebelum usia.


Orang selalu cakap. Cantik dari dalam akan lebih kekal lama berbanding hanya cantik luaran sahaja. Dari luar ni boleh je nak cover dengan make up kan. Tapi jangan tak tahu ya, bukan senang juga nak apply make up jika kulit muka memang bermasalah. Maksud saya, make up tak tahan lama dan akan lebih merosakkan kulit muka yang sedia bermasalah tu.


Sel yang tak sihat akan membawa lebih banyak masalah kepada badan kita dari hujung rambut sampailah hujung kaki. Bukan hanya nampak letih, kulit kusam dan tak bermaya bahkan juga mudah jatuh sakit.



Tengok la Pn. Azreen ni. Lepas bersalin terus amalakan Vivix dan hasilnya beliau lebih bertenaga dan dapat bantu recovery dengan lebih cepat. Paling best bila beliau dapat extra benefit. Kulit lagi cantik dan glowing gitu. Naik seri muka kata orang. Yelah, badan sihat kan. Peredaran darah yang cantik, sudahnya setiap sel dalam badan ni dapat dibekalkan nutrisi yang secukupnya dan dapat la kesan padu!


Ibu anak ramai ni, kadang tak ada masa nak jaga diri sendiri kerana  sibuk menjaga anak-anak dan keluarga. Siapa pula nak jaga sang ibu kan? Biarkan resV Shaklee bantu ibu-ibu yang super busy ni. Nampak mudah tapi bila diri sendiri melalui saat itu setiap hari, tak dinafikan ada hari kita kana rasa lesu sangat. 

Nak jaga kulit muka pun tak sempat tau. Masa beli masker di Guardian kemain lagi bersemanat. Sudahnya tak ada masa langsung nak pakai sehinggalah masker tu sendiri expired. Adehhh..hahaha


Ini lagi testimoni ibu berpantang selepas bersalin melalui pembedahan. Bukan senang nak jaga luka besar macam ni kan. Perlu penjagaan yang lebih baik kerana tak nak luka tu lambat kering. Paling takut jika luka hanya nampak sembuh dari luar sahaja tapi di dalam masih terasa pedihnya. 

Siapa yang tak nak sembuh cepat kan. Nak bertenaga dan berseri biarpun masih dalam pantang. Bukan apa, nak jaga anak sendiri dan suami secepatnya. Kalau saya la, tak puas hati kalau tak buat sendiri. Sejenis nak juga buat semuanya sendiri huhu... parah juga kan..


Itu testimoni bagi ibu-ibu yang berpantang dan dapat effect glowing. Korang yang macam saya ni hah, belum ada peluang jadi ibu jangan risau. Tetap juga boleh cantikkan kulit tau. Macam saya dulu ada masalah kulit kusam, nampak lesu je. Polifenol yang ada dalam resV Shaklee dan Vivix Shaklee ni boleh bantu korang dapat kulit glowing juga tau. 

Maklum la kan, kita ni bekerja ke tak bekerja ke tetap juga terdedah dengan sinaran UV kan. Mengadap handpone, laptop selama 8 jam selama 4 hari je pun dah cukup kesannya sama macam terpacak di bawah matahari selama 20 minit. Udah... macam mana tu kan. Tak kerja berpanas pun masih dapat kesan yang sama sebab kebanyakan pekerjaan kita sekarang ni memang nak kena mengadap semua tu. 

So, marilah kita sama-sama jaga supaya muka kita tak la nampak macam hantu mak limah pulang petang pula. Kita ni kadang tak sedar tapi sang suami yang mengadap muka kita hari-hari tu terfikir juga dia kan. 

"Dah kenapa la muka bini aku ni serupa ini dah aku tengok?"

Hahaha...letih la gini. Tak suka nak mengadap cermin lama-lama, jom kita gunakan benda yang lebih mudah la kan. Sihat dapat, cantik pun dapat juga.

So korang yang nak dapatkan khasiat Polifenol ni, nak wajah berseri dan glowing boleh contact saya ya.

Saya share juga video yang saya explain macam mana Polifenol dalam resV dan Vivix ni membantu kulit cantik tau. 




Ana Awang

Pengedar Shaklee Bentong
019-64655550

#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline

Thursday, 15 June 2023

VIVIX DAN RESV TETAP PILIHAN SAYA. KENAPA?

Salam semua...Alhamdulillah jumpa lagi dalam entry kali ni. Tak sedar banyak dah saya menulis rupanya. Kali ni nak cerita tentang Vivix Shaklee. Jom baca.

Siapa kat sini peminat anggur? Sedap kan? Saya pun suka anggur tapi ada syaratnya.

  • Tak nak yang masam
  • Tak nak yang ada biji
  • Tak nak yang kulit tebal sangat sebab rasa kelat
  • Tak nak yang berwarna hijau sebab masam
Mak aih! Banyaknya syarat..hahaha.. sebab tu saya jarang makan buah. Ada saja yang tak kena. Paling win, malas nak kupas. Bila ke gerai buah, saya rela memilih buah potong biarpun mahal. Yelah, nak yang mudah, pasti ada harga yang perlu dibayar. Tak gitu?

Vivix dan resV Shaklee

Jika ada orang tanya. Kenapa pilih Vivix dan resV? Apa jawapan korang? Bila nak jawab, kena juga tahu tentang produk kan. Meh nak cerita sikit tentang Vivix Shaklee dan sepupunya resV ni. 

Mungkin ada yang pernah dengar orang kata Vivix dan resV ni sama. Tak sama ya korang. Jika ibu berpantang yang makan resV dan didapati anaknya kuning, sila stop dulu. Tapi, jika ibu berpantang dengan Vivix, tak ada masalah. Minumlah ibu, untuk bantu ibu cepat pulih. Haa..yang ni kalau nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan free consultant jika beli dengan saya tau.

Ibu yang cepat pulih dan bertenaga dalam tempoh berpantang boleh membantu ibu dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada anak pula. Yela, ibu ada 3 orang lagi anak yang perlu diberi perhatian, kan. Mana yang bersekolah, yang masih kecil dan rapat pula dengan baby yang baru lahir ni. Kena pula berpantang sendiri, di rumah sendiri dan tiada pembantu. Tentunya ibu sangat terdesak nak  pulih dengan cepat. Vivix jelah ibu.

Aiisshh...panjang pula intro haha.. Ok, jom saya kongsikan macam mana Vivix ni bekerja. Apa yang ada dalam Vivix ni? 

Kandungan Vivix dan resV

Dalam Vivix dan resV ada Polifenol. Polifenol ni apa? 

Apa itu Polifenol

Polifenol ni lah yang membantu melindungi buah-buah dan sayuran daripada rosak akibat cuaca yang ekstrem tau. Polifenol di terdapat pada kulit dan bijinya. Kita makan buah makan sekali kulit dan biji tak? Mesti la buang kan hehe..

Dalam Vivix dan resV ada campuran Polifenol yang sangat bagus untuk kesihatan. Gabungan Polifenol dan Resveratrol ni 10x ganda lebih bagus daripada Resveratrol sahaja. Sebab tu la Shaklee gabungkan pelbagai sumber Polifenol dan Resveratrol dalam Vivix dan resV ni untuk memberikan manfaat yang optimum untuk penggunanya.

Bagaimana Polifenol berfungsi

Polifenol ni membantu 

  1. Meningkatkan Tenga Sel
  2. Melindungi dan Membaiki DNA
  3. Meningkatkan Fungsi Sel
  4. Meningkatkan Pertahanan Sel
Siapa perlukan Polifenol

Siapa yang perlukan Polifenol ni? 
  • Mereka yang ingin kekal aktif dan menjaga kesihatan
  • Mereka yang mempunyai kulit muka yang kusam, lesu
  • Mereka yang banyak terdedah kepada radikal bebas
  • Mereka yang mempunyai masalah jantung
  • Mereka yang selalu lesu dan cepat letih
  • Mereka yang selalu stress
  • Mereka yang mempunyai masalah tidur (imsomnia)
  • Mereka yang terdedah dengan UV yang tinggi
  • Mereka yang banyak terdedah dengan radiasi 

MENINGKATKAN SEL



Pernah dengar Mitokondria? Mitokondria ni ialah kilang tenaga yang menghasilkan tenaga dalam setiap sel badan kita. Organ kita ni terbentuk daripada sel-sel yang gabung. Jika sel badan kita ni lemah tidak bertenaga macam mana organ badan kita nak bekerja? Kan?


Kajian makmal Polifenol meningkatkan pengeluaran tenaga sel

MELINDUNGI DAN MEMBAIKI DNA


Kajian makmal menunjukkan Polifenol ni membantu melindungi DNA kita rosak yang akhirnya menyokong pembaikan sel, pembaharuan dan fungsi sel yang lebih sihat.



Polifenol yang terdapat dalam Vivix membantu untuk
  • Melindungi kerosakan DNA
  • Menyokong pembaikan sel, pembaharuan sel dan fungsi kesihatan


MENGOPTIMUMKAN PRESTASI SEL



AGE Protein ni tak bagus tau. AGE Protein ni akan merosakkan sel dan menyebabkan penuaan yang cepat, seterusya akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, kidney disease dan alzheimer. 

AGE Protein ni banyak terdapat dalam fast food. So, hati-hati ya siapa yang suka makan fast food tu. Polifenol dalam Vivix Shaklee ni boleh membantu mengurangkan AGE Protein sehingga 80%. Banyakkan? So, amalkanlah Vivix dan resV guys!

Kajian makmal menunjukkan Polifenol dapat menghalang AGE Protein sehingga 80%


MEMPERBAIKI PERTAHANAN SEL



Vivix dan resV adalah supplement yang tinggi antioksidan. Supplement yang tinggi antioksidan boleh melindungi sel daripada diserang oleh radikal bebas dan juga menuetralkan radikal bebas. Radikal bebas ni apa? Radikal bebas ni ialah bahan kimia yang merosakkan sel.

 


Korang boleh rujuk gambar di atas tu yang menunjukkan Anggur Muscadine mempunyai kuasa antioksidan yang paling tinggi. Sebab tu Shaklee memilih Anggur Muscadine sebagai salah satu bahan utama dalam Vivix.




So, apa lagi? Jom la amalkan Vivix dan resV untuk bantu badan kita lebih sihat dan dapat beribadah dengan lebih baik. Kita rasa kita dah amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan pemakan dan senaman yang sihat. Tapi sebenarnya tak cukup disebabkan oleh pekerjaan kita.

Korang tahu tak mereka yang bekerja di tempat yang tinggi seperti pilot dan pramugari lebih berisiko terdedah kepada kerosakan DNA kerana terdedah kepada UV yang tinggi. 

So korang dapat dah kenapa saya tetap memilih Vivix dan resV Shaklee ni? Kadang kala kita tak sedar yang kita dah terdedah dengan pelbagai unsur yang menyebabkan kerosakan sel dan DNA kita. Yelah, benda kita tak nampak kan? Sedar-sedar dah sakit sehingga tahap yang membahayakan. 

Mereka yang aktif bersukan juga tak terlepas dengan radikal bebas ni. Secara tak langsungbadan kita sendiri menghasilkan radikal bebas apabila bersenam. Jadi, lagi kuat kita bersenam seperti ahli sukan contohnya, lebih banyak mereka ini terdedah kepada kerosakan DNA seperti kanser.

Korang yang nak dapatkan Vivix dan resV ni juga boleh contact saya ok. InshaAllah saya berikan consultatation percuma untuk korang yang bermuamalah dengan saya.

Ana Awang
Pengedar Shaklee Bentong
019-64655550

#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline

Saturday, 10 June 2023

WANITA BUAT DUIT DENGAN BISNES MOBILE SPA BOTG



Wanita ni kuat kan? Bukan la kuat macam badang tapi sebenarnya kuat dengan cara tersediri. Zaman sekarang ni dah tak hairan dah bila tengok wanita buat duit. Malahan isteri Rasulullah yang pertama, Sayidatina Khadijah pun ahli perniagaan yang berjaya.

Dulu saya buat kerja macam-macam untuk kumpul duit buat muka (deposit) beli kereta. Sambil bekerja tetap sebagai pembantu tadbir, saya buat part time sebagai jurulatih dan juga menjual pakaian dan kelengkapan bayi.

Namun, dek kerana kurang ilmu dan tiada support group perniagaan yang saya bina sejak zaman bujang dan disambut oleh suami pula selepas itu terpaksa ditutup. Sedih juga tapi tak apa. Hidup perlu diteruskan.

Kita mulakan dengan yang baru, belajar dari kesilapan yang lama. Jom wanita semua! Kita bangkit! Bangkit bukan sekadar nak bantu kukuhkan kewangan keluarga tau tapi nak capai impian yang dibina. Tak kira la impian tu korang sendiri atau impian untuk bahagiakan keluarga korang bersama suami dan anak-anak. 

Ada satu bisnes yang saya memang nampak masa depan yang cerah. Bahkan ada yang berjaya capai pendapatan 5 angka melalui bisnes ni tau. Apa yang penting, tanamkan azam dan tekad untuk berjaya.

Wanita buat duit dengan bisnes Mobile Spa BOTG

Apa specialnya bisnes Mobile Spa BOTG ni? Ada banyak je lagi yang tawarkan pakej belajar buat duit dengan bisnes Mobile Spa. Tapi kali ni saya nak tekankan tentang Mobile Spa BOTG.

Beauty.On.The.Go (BOTG)

Tak kira korang adalah wanita yang berkerjaya, kerjaya sepenuh masa di rumah atau belum berkerjaya. Semua berpeluang untuk mulakan bisnes yang punya potensi yang cemerlang ni. Kecantikan memang sinonim dengan perempuan. Even Sajat yang pun buat bisnes spa tau. Nampak tak?


Ini Pn. Rafini dari Melaka. Comel kan dia. Kecik je orangnya tapi semangatnya besar. Pn. Fini ni bakers dari rumah. Pandai buat kek, pelbagai kuih raya dan pandai memasak juga. Mulanya dia pun kurang yakin dengan skill jemari mulusnya tu. Tapi bila dah mula, aduh tak menang tangan dibuatnya. 

Tengok la tu, senyum lebar dia dapat INSTANT CASH hasil daripada Mobile Spa. Wanita...mana-mana pun memang pandai buat duit la senang cerita. hahaha..


Ini pula Pn. Maimunah. Glamour dengan panggilan Mona Vitalady. Tengok la tu, di mana-mana pun boleh je nak service customer. Masa dia dia join ala-ala expo gitu. Nama pun mobile kan. Boleh nak sesuaikan dengan masa kita dan masa customer. FLEKSIBEL kata orang. Kerja yang fleksibel ni lebih mendapat tempat dihati. Tambah pula wanita yang menjadi suri hati suami. Mudah nak adjust masa bekerja tanpa abaikan rumahtangga. Setuju?


Selain daripada skill buat facial, pakej Mobile Spa BOTG juga hadiahkan satu lagi skill tau. Yang ini BONUS. Skill make up. Haaa...yang ini pun boleh buat duit juga. Ala..setakat nak make up kan kawan-kawan, jiran tetangga yang perlukan khidmat kita sebagai MUA ni ok la kan. Lepas tu bila dah lembut jemari tu, boleh la belajar next level pula.

Bukan susah pun. Kita ajar skill yang paling mudah nak ingat dan apply. Orang yang tak pernah make up pun boleh dapat skill tu dengan mudah. Selebihnya mesti la kena praktis sendiri. Mana ada skill yang boleh mahir terus dengan sekali belajar melainkan korang ada bakat semulajadi sejak lahir.

Wanita buat duit dengan Mobile Spa BOTG

Tak kira la korang memang ada bisnes sedia ada, tapi nak tambah nilai bisnes korang tu. Boleh aje. Tengok la ni, bisnes sedia ada Buana Kita Glamping & Event ditambah nilai dengan menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan yang nak manjakan diri dengan facial. Best kan.


Part time Mobile Spa

Mobile Spa sebagai part time job pun boleh dapat banyak macam ni, syuuurrrgaaaa 😍. Bayangkanlah, boleh bayar sewa rumah tau. Sewa rumah saya pun RM650 sebulan, lebih tu boleh bayar bil elektrik, bil air dan bil internet sekali. Best kan. 


Support Group Mobile Spa BOTG

Tadi kan saya ada bagitau, saya berniaga tanpa ada SUPPORT GROUP. Tak ada team yang sehati sejiwa nak sama-sama kongsi tips, pengalaman dan cerita. Support group ni penting tau. Mungkin ada yang kata tak suka nak bersosial sangat. Jangan risau, diorang ni bukan jenis sosial punya orang tapi bisnes minded. Pastinya apa yang dikongsikan dalam group adalah perkara yang boleh bantu korang healing secara tak langsung.

Usia bukan penghalang

Jangan tak percaya, ada alumni BOTG ni usianya mencecah 50 tahun tau. Usia bukan penghalang. Kalau nak mohon kerja dengan kerajaan pun ada usia maksima untuk memohon. Malah, nak kerja dengan syarikat swasta pun mereka lihat kelayakan dan juga umur bergantung kepada position yang dipohon. 

Nak bisnes Mobile Spa? 
  • Tak kisah umur berapa pun
  • Ada pengalaman atau tidak
Kerana kita sediakan
  • Training one to one
  • Masa training yang fleksibel
  • Produk dan alatan disediakan
  • Gunakan produk organik yang bebas lebih daripada 1500 bahan bahaya


Jom la. Sertai kami. Belajar skill sekali je tapi boleh buat duit berkali-kali tau. Pergi ke mana pun boleh gunakan skill ni untuk buat duit.

Ana Awang
Beautician Mobile Spa BOTG
019-64655550

#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline

Monday, 5 June 2023

CAPAI IMPIAN MELALUI BISNES MOBILE SPA

Hai semua..bila cerita bab impian ni kan, semua orang akan buntang mata. Tapi macam mana nak capai impian tu? 

Capai impian melalui bisnes Mobile Spa

Jom saya share satu peluang yang ramai orang pandang sebelah mata tapi mereka tak tahu yang dah ramai buat duit dan capai impian melalui bisnes Mobile Spa tau.

Capai impian nak pakai tilam yang lebih selesa


Impian setiap orang tak sama. Tapi bila orang lain share apa yang dicapai, sedikit sebanyak pasti kita pun akan rasa teruja juga kan. 

Wow! Dia dah dapat wishlist yang pertama. Aku? Bila lagi? Soon inshaAllah.

Saya suka tilam yang ala-ala hotel 5 bintang. Tilam empuk, tak sakit badan, selesa dan tak melendut. Best kan, bangun pagi badan tak sakit. Tiba-tiba ada pula salah seorang team kami share impian nak pakai tilam Coway tercapai. Mesti la saya pun ikut teruja 😁 Seronoknya.

Impian nak ada franchaise Mobile Spa seluruh Malaysia

Ini pula impian Pn. Sharipah. Nak ada franchaise bisnes Mobile Spa di seluruh Malaysia. Gah betul dengar kan? Tapi tak mustahil tau. Tengok tu, dah berapa ramai yang join? Seronok kan bila dapat bantu orang lain dapat sama malah lebih lagi daripada yang kita dapat. 

Ini antara mereka yang dah capai salah satu impian mereka. Ada juga yang berimpian nak buka bisnes Spa sendiri. Nah, inilah peluangnya. 
  • Modal rendah
  • Boleh mulakan bisnes segera
  • Tak perlu nak susah payah lagi nak cari alatan spa
  • Training one to one
  • Masa kerja yang fleksible
  • Peluang bina kerjaya sendiri 
  • Support team yang aktif
  • Bekerja, surirumah, masih belajar (student) semua boleh join
Best kan. Nampak je kerja sendiri tapi peluang naik pangkat pun ada. Bahkan pangkat kita tu boleh sam level dengan CEO syarikat yang besar-besar tu. Apa nak pening kepala cari yang lain? 

Mari, contact saya untuk mendaftar ya. Lekas daftar, lekas boleh mula. Nak jumpa dan sembang tepi pun boleh je.

Ana Awang
Beautician BOTG Mobile Spa
0196465550

#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline





Tuesday, 23 May 2023

TESTIMONI MOBILE SPA ; LUBUK DUIT PALING MUDAH UNTUK WANITA

Hai korang..jumpa lagi di entry tentang Mobile Spa. Khas untuk wanita ni tau. Ya, kita la, saya nak share cara paling mudah buat duit untuk wanita. Jom baca sampai habis ya.

Bila cerita bab bisnes ni kan, mesti la kita nak tengok sejauh manakah orang yang dah mulakan bisnes ni boleh pergi? Serius. Itu memang soalan paling famous. Jangan risau, sebenarnya normal je bila banyak soalan yang bermain di fikiran kita apabila nak buat sesuatu keputusan. Namun, perlu ingat juga. Jika tak sudah-sudah berfikir, bila nak mula? Hahaha...haru juga kan.

So, dalam entry kali ni saya nak bantu korang buat keputusan dengan membaca dan mendengar real testimoni Mobile Spa ni. Sebelum tu, ada satu perkara yang perlu korang sematkan dalam diri. Wanita memang sukakan kecantikan. Jika korang kata "saya biasa-biasa je", jangan samakan diri korang dengan orang lain tau.

Kita rasa jaga kecantikan tu biasa, tapi orang lain berpendapat tak sama macam kita. Bak kata Sajat, jika kita sendiri tak sayangkan diri, siapa lagi nak sayang.  Kalau rasa diri tu tak cantik, cantikkan diri. Betul juga nasihat dia tu kan. 

Ok, jom saya share kan beberapa testimoni buat duit dengan Mobile Spa yang pasti membuatkan korang rasa teruja nak join BOTG Mobile Spa.

Saya kenalkan ini rakan saya Dr. Nur Athirah Hashim. Lebih mesra dipanggil Dr. At. Beliau ni pemegang PhD dalam bidang Kimia Sebatian Semulajadi. Bila sebut tentang bidang macam ni, of course la mereka faham sangat tentang bahan-bahan semulajadi dalam kandungan sesuatu produk kan.

So, Dr. At ni mula join BOTG Mobile Spa bila jatuh cinta dengan produk Shaklee. Produk yang bagus, tentulah akan memberikan hasil yang bagus kepada penggunanya kan. Tapi Dr. At nampak peluang besar dalam bisnes Mobile Spa ni dan mula aktif.

Bayangkan seorang surirumah boleh ada simpanan sendiri melalui side income bersama Mobile Spa. Bukan senang tau tapi tak mustahil. Apa yang penting, beri peluang kepada diri sendiri untuk berjaya di samping tidak mengabaikan keluarga.


Bukan Dr. At seorang je yang nampak peluang yang sangat cerah dalam Bolie Spa ni tau. Ada ramai lagi dalam team Group Support kami yang share kan pengalaman mereka. Mereka ni pun bukan calang-calang orang tau. Ada yang masih bekerja dan tak kurang juga yang telah pun resign dari kerja hakiki untuk full time housewife dan buat bisnes Mobile Spa secara part time.

Ex-peguam yang resign untuk menjaga ibunya

Pemilik saloon kecantikan

Ex-engineer yang resign untuk menjaga anak-anak

Semangat bila lihat duit masuk bertalu-talu

Ini saya. Masih berkhidmat sebagai guru

2 hari boleh dapat RM430.
Bukan kerja dari pagi sampai malam pun



Jika mereka boleh, korang pun boleh tau! Siapalah kita yang nak menidakkan rezeki dari Allah kan. Korang yang baca posting saya ni, bukan tanpa sengaja tau. Allah dah tunjukkan jalan. Tak rugi pun korang tambah skill yang belajar sekali tapi boleh buat duit berkali-kali ni. Skill yang boleh digunakan seumur hidup korang.

So, tunggu apa kagi, jom la buat duit sama-sama.  Lubuk duit paling mudah untuk wanita dah ada di depan mata. Contact saya untuk maklumat lanjut ya.

Ana Awang
Beautician BOTG Mobile Spa
Certified Trainer BOTG Mobile Spa
019-6465550

#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa 
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline


Tuesday, 16 May 2023

PENGALAMAN MOBILE SPA DENGAN YOUTH SKINCARE - WAJIB CUBA!

Korang pernah tak pergi spa? Best tak bila kulit muka di cuci bersih dan massage lembut? Sebelum ni saya suka buat facial dengan kakak ipar yang buka saloon spa di Gombak. Setiap bulan mesti booking slot hanya untuk nak relaks dan cuci muka.

Customer boleh rehatkan diri sambil manjakan kulit

Boleh je nak cuci muka sendiri di rumah tapi malas nak pakai masker dan scrub. Tambah pula nak massage sendiri mana best kan. Kena ada orang lain buatkan baru la rasa relaks sikit. Tapi masa tu saya tak fikir sangat pun apa jenama produk yang digunakan. Apa yang penting saya nak massage muka hahaha.. Kakak ipar ikut je customer. Nak gunakan produk yang dibawa sendiri atau gunakan produk yang sedia ada di spa.

Namun, 3-4 tahun kebelakangan ni, saya jarang buat facial. Dia sibuk sebagai penilai JPK, saya pun sibuk di sekolah. Akhirnya saya abaikan macam tu je kulit muka saya. Akhirnya, saya rasa kulit muka saya ada sesuatu yang pelik. Jadi sensitif dan naik panau tau. Serius saya tak perasan, sampailah panau tu ketara dan kulit muka saya nampak kusam giler. Bukan tu saja, jeragat pun makin tebal. Saya malu bila ditegur anak murid sendiri. 

"Muka cikgu ada bintik-bintik. Apa tu?" 

Kau rasa? Mana nak letak muka? 😂

Akhirnya setelah mencuba pelbagai produk, saya jatuh cinta dengan Youth Skincare by Shaklee. Serius buat saya terus kekal setia selama 2 tahun dengan Youth Skincare. Sejujurnya sebelum ni jika gunakan sesuai produk, saya tak boleh pakai lebih dari 1 kali pusingan. Bila dah habis 1 tiub pencuci muka, saya tak akan repeat sebab kulit muka saya akan mula kering dan menggelupas.

Produk Youth Skincare

Bila Master Ainul Shahrazad dan Master Athirah (Master 2 Beradik) perkenalkan Projek BOTG Mobile Spa kepada kami, saya terus rasa teruja. Sebenarnya Beauty On The Go (BOTG) ni adalah penjenamaan semula Projek The Walking Beauty (TWB) yang diasaskan oleh mereka berdua. Projek TWB dulu mendapat sambutan yang hangat dan membantu ramai wanita menjana pendapatan melalui projek ni.

BEST SANGAT KE PRODUK NI?

Pengalaman saya menggunakan produk Youth ni mungkin tak membuatkan korang teruja sakan. Jom saya share dengan korang pengalaman customer yang menggunakan perkhidmatan BOTG Mobile Spa dengan Youth Skincare.

Perbezaan kulit muka Fatin dulu dan sekarang


Ini anak kawan saya. Namanya Fatin. Dulu satu muka penuh dengan jerawat. Jerawat besar yang menyakitkan. Pelabgai usaha dilakukan termasuk berjumpa doktor dan ambil antibiotik. Apabila ambil antibiotik, jerawat kecut dan sakit sakit pun kurang. Tapi bila stop antibiotik, jerawat akan naik lagi teruk.

Kulit muka Fatin (kiri) yang berjerawat sebelum gunakan Produk Shaklee


Fatin rasa tak selesa dan mengganggu rutin harian sebagai seorang pelajar. Ibu Fatin pun tak senang duduk jadinya. Risau anak akan jadi stress dan kurang keyakinan diri. Sehinggalah kawan saya ni belikan ESP dan Vitamin C (now dikenali sebagai Set Rahmah kerana promo tak masuk akal).

ESP dan Vitamin C ni membantu kulit Fatin dapat nutrisi yang diperlukan untuk sihat dan mengecutkan jerawat. Fatin juga menggunakan produk Youth Skincare untuk penjagaan kulit luaran secara konsisten. Ibu Fatin ni juga adalah salah seorang Beautician BOTG Mobile Spa tau. So, tak ada masalah la nak dapatkan perkhidmatan spa menggunakan produk Youth Skincare secara rutin.

Bukan Fatin seorang je tau yang dapat effect yang sangat awesome dan memberi inspirasi ni. Saya tunjukkan juga testimoni pelanggan BOTG Mobile Spa yang kami kumpulkan dalam Support Group kami (Alumni BOTG Mobile Spa).  

Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah jeragat

Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah pori-pori


Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah jerawat

Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah kulit kusam

Pelanggan BOTG Mobile Spa yang mempunyai masalah jerawat

Semua Beautician BOTG Mobile Spa adalah terlatih. Kami diberikan training secara hands on dan praktikal. Training secara one to one tau. Bukan secara pukal. Mudah nak faham dan senang nak terima apa yang diajar kerana menggunakan modul yang mudah dan praktikal yang sesuai untuk semua. So, jika korang tak ada pengalaman pun tak ada masalah nak belajar.

Mari saya tunjukkan pula customer berkongsi pengalaman Mobile Spa dengan Beautician BOTG Mobile Spa. Apa kata mereka setelah menggunakan perkhidmatan kami.

Customer yang kejar masa pun masih sempat nak ber 'me time'

Customer gembira kerana tak perlu baring terlalu lama

Haa...best kan? Kadang kala bila berada di spa, perlu peruntukkan masa sehingga 2 jam untuk treatment. Akhirnya, terpaksa memperuntukkan masa sehari hanya untuk facial dan me time sebentar. Mula la gelisah nak balik kerana teringat anak di rumah, suami yang akan pulang sebentar lagi. Tak senang pula rasa hati ni kan.

Produk Youth Skincare ni pula adalah produk yang organik dan bebas daripada 1500 bahan kimia merbahaya. 

Keputusan klinik

  

Produk Youth bebas daripada lebih 1500 bahan kimia berbahaya

So, korang yang nak cuba juga pengalaman menggunakan Produk Youth Skincare ni boleh la gunakan perkhidmatan daripada Beautician BOTG Mobile Spa yang ada di seluruh Malaysia ya. 

Boleh contact saya untuk booking slot facial ok.

Ana Awang
Beautician BOTG Mobile Spa 
BOTG Mobile Spa Bentong
019-6465550

#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa 
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline