Saturday 10 June 2023

WANITA BUAT DUIT DENGAN BISNES MOBILE SPA BOTG



Wanita ni kuat kan? Bukan la kuat macam badang tapi sebenarnya kuat dengan cara tersediri. Zaman sekarang ni dah tak hairan dah bila tengok wanita buat duit. Malahan isteri Rasulullah yang pertama, Sayidatina Khadijah pun ahli perniagaan yang berjaya.

Dulu saya buat kerja macam-macam untuk kumpul duit buat muka (deposit) beli kereta. Sambil bekerja tetap sebagai pembantu tadbir, saya buat part time sebagai jurulatih dan juga menjual pakaian dan kelengkapan bayi.

Namun, dek kerana kurang ilmu dan tiada support group perniagaan yang saya bina sejak zaman bujang dan disambut oleh suami pula selepas itu terpaksa ditutup. Sedih juga tapi tak apa. Hidup perlu diteruskan.

Kita mulakan dengan yang baru, belajar dari kesilapan yang lama. Jom wanita semua! Kita bangkit! Bangkit bukan sekadar nak bantu kukuhkan kewangan keluarga tau tapi nak capai impian yang dibina. Tak kira la impian tu korang sendiri atau impian untuk bahagiakan keluarga korang bersama suami dan anak-anak. 

Ada satu bisnes yang saya memang nampak masa depan yang cerah. Bahkan ada yang berjaya capai pendapatan 5 angka melalui bisnes ni tau. Apa yang penting, tanamkan azam dan tekad untuk berjaya.

Wanita buat duit dengan bisnes Mobile Spa BOTG

Apa specialnya bisnes Mobile Spa BOTG ni? Ada banyak je lagi yang tawarkan pakej belajar buat duit dengan bisnes Mobile Spa. Tapi kali ni saya nak tekankan tentang Mobile Spa BOTG.

Beauty.On.The.Go (BOTG)

Tak kira korang adalah wanita yang berkerjaya, kerjaya sepenuh masa di rumah atau belum berkerjaya. Semua berpeluang untuk mulakan bisnes yang punya potensi yang cemerlang ni. Kecantikan memang sinonim dengan perempuan. Even Sajat yang pun buat bisnes spa tau. Nampak tak?


Ini Pn. Rafini dari Melaka. Comel kan dia. Kecik je orangnya tapi semangatnya besar. Pn. Fini ni bakers dari rumah. Pandai buat kek, pelbagai kuih raya dan pandai memasak juga. Mulanya dia pun kurang yakin dengan skill jemari mulusnya tu. Tapi bila dah mula, aduh tak menang tangan dibuatnya. 

Tengok la tu, senyum lebar dia dapat INSTANT CASH hasil daripada Mobile Spa. Wanita...mana-mana pun memang pandai buat duit la senang cerita. hahaha..


Ini pula Pn. Maimunah. Glamour dengan panggilan Mona Vitalady. Tengok la tu, di mana-mana pun boleh je nak service customer. Masa dia dia join ala-ala expo gitu. Nama pun mobile kan. Boleh nak sesuaikan dengan masa kita dan masa customer. FLEKSIBEL kata orang. Kerja yang fleksibel ni lebih mendapat tempat dihati. Tambah pula wanita yang menjadi suri hati suami. Mudah nak adjust masa bekerja tanpa abaikan rumahtangga. Setuju?


Selain daripada skill buat facial, pakej Mobile Spa BOTG juga hadiahkan satu lagi skill tau. Yang ini BONUS. Skill make up. Haaa...yang ini pun boleh buat duit juga. Ala..setakat nak make up kan kawan-kawan, jiran tetangga yang perlukan khidmat kita sebagai MUA ni ok la kan. Lepas tu bila dah lembut jemari tu, boleh la belajar next level pula.

Bukan susah pun. Kita ajar skill yang paling mudah nak ingat dan apply. Orang yang tak pernah make up pun boleh dapat skill tu dengan mudah. Selebihnya mesti la kena praktis sendiri. Mana ada skill yang boleh mahir terus dengan sekali belajar melainkan korang ada bakat semulajadi sejak lahir.

Wanita buat duit dengan Mobile Spa BOTG

Tak kira la korang memang ada bisnes sedia ada, tapi nak tambah nilai bisnes korang tu. Boleh aje. Tengok la ni, bisnes sedia ada Buana Kita Glamping & Event ditambah nilai dengan menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan yang nak manjakan diri dengan facial. Best kan.


Part time Mobile Spa

Mobile Spa sebagai part time job pun boleh dapat banyak macam ni, syuuurrrgaaaa 😍. Bayangkanlah, boleh bayar sewa rumah tau. Sewa rumah saya pun RM650 sebulan, lebih tu boleh bayar bil elektrik, bil air dan bil internet sekali. Best kan. 


Support Group Mobile Spa BOTG

Tadi kan saya ada bagitau, saya berniaga tanpa ada SUPPORT GROUP. Tak ada team yang sehati sejiwa nak sama-sama kongsi tips, pengalaman dan cerita. Support group ni penting tau. Mungkin ada yang kata tak suka nak bersosial sangat. Jangan risau, diorang ni bukan jenis sosial punya orang tapi bisnes minded. Pastinya apa yang dikongsikan dalam group adalah perkara yang boleh bantu korang healing secara tak langsung.

Usia bukan penghalang

Jangan tak percaya, ada alumni BOTG ni usianya mencecah 50 tahun tau. Usia bukan penghalang. Kalau nak mohon kerja dengan kerajaan pun ada usia maksima untuk memohon. Malah, nak kerja dengan syarikat swasta pun mereka lihat kelayakan dan juga umur bergantung kepada position yang dipohon. 

Nak bisnes Mobile Spa? 
  • Tak kisah umur berapa pun
  • Ada pengalaman atau tidak
Kerana kita sediakan
  • Training one to one
  • Masa training yang fleksibel
  • Produk dan alatan disediakan
  • Gunakan produk organik yang bebas lebih daripada 1500 bahan bahaya


Jom la. Sertai kami. Belajar skill sekali je tapi boleh buat duit berkali-kali tau. Pergi ke mana pun boleh gunakan skill ni untuk buat duit.

Ana Awang
Beautician Mobile Spa BOTG
019-64655550

#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline

No comments:

Post a Comment