Tuesday 27 September 2022

Cara Bebas Hutang Melalui Bisnes Mobile Spa BOTG

Hai.. entry kali ni saya nak kongsikan bagaimana anda boleh bebas hutang melalui bisnes Mobile Spa BOTG.



Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, habis je kursus spa bersijil ni, terus boleh ON BISNES.

✅Tak perlu sewa kedai. 

Bila cerita tentang kedai ni, nak mula sewa wajib la ada deposit kan. Deposit nak sewa kedai bukan sikit-sikit tau. Sebab tu la ramai yang terbantut nak mulakan perniagaan.

Nak cari kedai pula harus la cari lokasi yang strategik. Jika tak kena keluarkan kos untuk marketing pula. Nak promote kedai kepada target market.

Jangan lupa ya, bila buka kedai ni banyak lagi kos lain yang perlu di ambil kira.  

- Bil utiliti 

- Lesen perniagaan

So amacam? Ada berani? 😁

✅Tak perlu upah pekerja

Dulu saya pernah buka kedai pakaian bayi dan kanak-kanak. Bila tak upah pekerja, susah pula saya yang memang kerja makan gaji ni nak buka kedai setiap hari. Balik kerja dah petang, takkan nak buka dah lewat petang je setiap hari kan?

So, nak tak nak terpaksa juga upah pekerja untuk jaga kedai. Kadang pendapatan kedai sebulan hanya cukup bayar gaji pekerja dan sewa sahaja. Modal rolling stok dah susut. Akhirnya kedai terpaksa ditutup.

✅100% untung bersih

Seronok kan bila pendapatan harian buat facial ni 100% menjadi milik kita. Modal nak restock produk pun tak banyak sebab produk Youth Skincare yang digunakan ini sangat jimat. Saya pakai sendiri je pun boleh tahan 6-8 bulan tau!

Sebab tu saya katakan kita boleh bebas hutang dengan bisnes ni. Modal join pakej ekslusif ni dah cukup untuk kita mulakan perniagaan. Tak perlu nak pening kepala fikirkan set up kedai, upah pekerja dan lain-lain perkara lagi.

No comments:

Post a Comment